Yamaha TZR125 masih mempunyai peminat sehingga kini

Yamaha TZR125 merupakan salah sebuah model motosikal yang masih lagi popular di pasaran Malaysia. Dilengkapi enjin dua lejang dalam sesaran 124cc dengan transmisi enam kelajuan, ianya ditawarkan dalam dua reka bentuk iaitu full fairing dan naked. Pilihan antara kedua-dua penampilan tersebut bergantung kepada minat pemiliknya.

Antara kelebihan model ini ialah kerangkanya daripada jenis Deltabox serta enjinnya yang mempunyai teknologi YPVS yang mampu meningkatkan kuasa enjin dan tork secara optimum. Oleh kerana model ini telah lama muncul di pasaran Malaysia, tidak banyak maklumat mengenai sejarah pelancaran dan harga yang ditawarkan olehnya.

Berkenaan gambar-gambar yang disiarkan di dalam galeri di bawah pula, ianya merupakan model Yamaha TZR125 model tahun 1987, khusus untuk pasaran Jepun. Namun begitu penampilan dan spesifikasi untuk model di pasaran Jepun dan Malaysia dirasakan tidak banyak perbezaan untuk kita semua jadikan rujukan dan panduan.

Melalui gambar-gambar tersebut, dapat dilihat penampilan TZR125 dalam versi full fairing dan versi naked, dalam pilihan warna putih / merah dan biru. Namun begitu masih terdapat gambar-gambar model versi naked dengan cermin pandang belakang yang siap terpasang dalam simpanan Arena Motosikal, cuma tidak disiarkan di sini.

(Visited 445 times, 1 visits today)