Sebenarnya artikel mengenai spyshot model Kawasaki Edge 115cc ini pernah disiarkan di dalam blog lama Arena Kereta, bertarikh 27hb. Oktober 2010. Namun oleh kerana blog tersebut telah pun berkubur, jadi rasanya tidak salah kalau maklumat dan gambar-gambar spyshot model berkenaan disiarkan pula di dalam blog Arena Motosikal.
Untuk makluman, unit tunggang uji Kawasaki Edge ini ditemui secara tidak sengaja berdekatan Pekan Gurun, Kedah. Ketika itu tidak dapat dipastikan sama ada ianya akan dijadikan sebagai model baharu keluaran Modenas secara penjenamaan semula, atau akan mengalami pengubahsuaian dari segi reka bentuk secara keseluruhannya.
Akhirnya bila model terbaharu Modenas Ace 115 dilancarkan dalam bulan Mac 2012, barulah dapat disahkan bahawa Kawasaki Edge yang ditunggang uji itu telah menjadi asas kepadanya. Namun sayangnya penampilan Kawasaki Edge yang sporty dan agresif itu sangatlah berbeza dengan rekaan dan penampilan Modenas Ace 115.
Ketika ini pihak Kawasaki tidak lagi mengeluarkan model-model kapcai atau moped untuk pasaran ASEAN, seperti mana yang dilakukan oleh syarikat tersebut sebelum ini. Jika tidak tentu Modenas mempunyai banyak pilihan untuk pelancaran model terbaharu, dengan asasnya daripada Kawasaki yang pastinya lebih berkualiti dan berteknologi.
p/s : Masih adakah pembaca blog Arena Motosikal yang mengingati blog lama Arena Kereta milik admin? Sayangnya blog tersebut telah dijual dan kini terus terkubur.