Teaser Benelli 302R terbaharu untuk pasaran China

Benelli baru-baru ini telah menyiarkan teaser model sportbike Benelli 302R terbaharu, yang bakal dilancarkan untuk pasaran China dalam masa terdekat. Tidak banyak maklumat yang diberikan melalui teaser tersebut, namun model berkenaan dijangka tidak akan menerima perubahan drastik dari segi reka bentuk keseluruhannya.

Bagaimanapun adalah menarik untuk kita menunggu pelancaran Benelli 302R terbaharu ini, kerana pastinya akan ada naik taraf terkini melibatkan spesifikasi dan ciri-ciri tertentu berbanding model yang lepas. Kapasiti enjin 300cc yang melengkapinya dijangka tidak akan mengalami perubahan, namun ianya mungkin menawarkan tahap emisi yang lebih baik demi mematuhi taraf piawaian semasa yang lebih ketat.

Sebelum ini selain daripada versi 300cc, Benelli turut menawarkan model Benelli 249R untuk pasaran tertentu dengan kapasiti enjin lebih kecil bersesaran 250cc sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai model semasa Benelli 302R dan Benelli 249R, anda boleh membaca artikel terdahulu dalam pautan berikut, teruskan bacaan anda.