Yamaha Y15ZR Doxou 2019 di pasaran Malaysia, RM 8,868.00

Yamaha Y15ZR V2 2019 secara rasminya dilancarkan di pasaran Malaysia dalam bulan Mac 2019, pada harga asas sebanyak RM8,168.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Model tersebut didatangkan dalam empat pilihan warna yang menarik seperti Striking Cyan, Dynamic Grey, Storm Blue dan Blazing Red.

Kemudiannya dalam acara Yamaha Gen Blu Carnival yang berlangsung di MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park), Serdang, Selangor pada tarikh 04hb. Ogos 2019, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah membuat kejutan dengan melancarkan Yamaha Y15ZR edisi Doxou yang tampil lebih premium dan eksklusif.

Model moped tersebut dilancarkan bersama-sama model skuter premium Yamaha NVX Doxou, yang mana kedua-duanya tampil dengan gabungan warna eksklusif Matte Blue dan Sakura Copper yang sememangnya menyerlah, sporty dan elegan. Harga yang ditawarkan untuk Yamaha Y15ZR Doxou 2019 adalah sedikit tinggi iaitu sebanyak RM 8,868.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).

Beralih ke bahagian teknikal, tiada sebarang peningkatan berbanding model standard. Bagaimanapun untuk menjadikan pemilikan Y15ZR edisi Doxou ini lebih eksklusif, setiap pembelian akan menerima set hadiah eksklusif Doxou (Exclusive Doxou Gift Set) yang merangkumi sijil pemilikan, fon kepala Doxou dan rantai kunci Doxou.

(Visited 316 times, 1 visits today)