Web Analytics
Haojue DR300 bakal dilancarkan di pasaran negara China pada 16hb. Jun 2020 – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Haojue DR300 bakal dilancarkan di pasaran negara China pada 16hb. Jun 2020

 

Laman sesawang Haojue baru-baru ini telah memuat naik teaser mengenai model terbaharu Haojue DR300 yang secara rasminya bakal dilancarkan di pasaran negara China pada tarikh 16hb. Jun 2020. Paparan mengenai model naked tersebut juga kini telah muncul di dalam laman jual beli seperti JD.com dan Tmall.com.

Untuk makluman, Haojue telah menjalinkan kerjasama dengan Suzuki sejak beberapa tahun yang lepas dalam mengeluarkan model-model motosikal untuk pasaran negara China. Berkenaan Haojue DR300 model tahun 2020 ini, ianya juga dikenali dengan nama Suzuki GSX-S300 dan dikatakan bakal ditawarkan di pasaran luar selain China.

Berdasarkan maklumat awal, Haojue DR300 dikuasakan enjin dua silinder bersesaran 298cc SOHC, dengan kelengkapan sistem penyejukan cecair dan dipadankan transmisi enam kelajuan. Kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin tersebut adalah sebanyak 29.23PS (21.5kW) @ 8,500rpm, dengan tork puncak 27.8Nm @ 6,500rpm.

Antara ciri-ciri yang dibekalkan untuk model tersebut adalah seperti paparan meter digital, bar hendal jenis clip-on, sistem lampu LED, fork depan upside-down berwarna emas, sistem brek cakera dengan ABS, tangki bahan api maksimum 16 liter, berat 177 kg (curb weight), serta tiga pilihan warna menarik iaitu merah, putih dan hitam.

Untuk maklumat lebih lengkap mengenai Haojue DR300 2020 atau Suzuki GSX-S300 2020, sama-sama kita tunggu pelancaran model ini dalam tempoh 10 hari lagi.

 
Arena Motosikal © 2023