Warna baharu Yamaha MT-07 ABS 2020 di pasaran Jepun

Untuk pasaran domestik Jepun, Yamaha MT-07 ABS 2020 terbaharu kekal dilengkapi enjin bersesaran 688cc (In-line, 2-cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves) bersama-sama padanan kotak gear enam kelajuan. Janaan kuasa maksimum yang dihasilkannya mencapai angka 73PS @ 9,000rpm dan tork 68Nm @ 6,500rpm.

Namun begitu bagi memastikan penampilannya kekal segar untuk musim jualan tahun ini, ianya kini ditawarkan dalam pilihan warna baharu Blue yang dinamik dan sporty, bermula dari tarikh 28hb. Mac 2020 yang lalu. Di samping itu, dua pilihan warna terdahulu iaitu Matte Light Gray dan Matte Dark Gray masih ditawarkan seperti biasa.

Tampil dengan gaya rekaan yang menawan dan ciri tunggangan yang lincah dan menyeronokkan, Yamaha MT-07 ABS turut menawarkan sistem brek ABS yang cekap dan lebih selamat. Model tersebut dilengkapi tangki bahan api dengan isian maksimum 13 liter, ketinggian pelana 805 mm, jarak kelegaan tanah 140 mm dan berat 183 kg.

Untuk pasaran domestik Jepun, harga jualan Yamaha MT-07 ABS ditetapkan sebanyak 792,000 Yen, bersamaan RM 31,945.26 mengikut kadar semasa. Untuk pasaran Malaysia, Yamaha MT-07 juga ditawarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd., pada harga sebanyak RM 38,288.00. Pilihan warna yang tersedia ialah biru dan kelabu.

(Visited 172 times, 1 visits today)