Yamaha XSR700 ABS merupakan sebuah model yang tampil dengan gaya neo-retro, dan dilengkapi enjin dua silinder sebaris dalam sesaran 688cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valve). Enjin tersebut dipadankan transmisi enam kelajuan dan menawarkan kuasa maksimum 73PS @ 9,000rpm dengan tork puncak 68Nm @ 6,500rpm.
Untuk pasaran domestik Jepun, Yamaha XSR700 ABS model tahun 2020 kini boleh didapati dalam dua pilihan warna baharu iaitu Putih (White) dan Kelabu (Matt Gray), bersama-sama kemasan jalur dan grafik yang memikat. Ianya akan berada di pasaran mulai 28hb. Mei 2020, pada harga sebanyak 916,300 Yen (bersamaan RM 36,930.11).
Selain reka bentuk retronya yang menawan, XSR700 ABS turut dilengkapi spesifikasi dan ciri-ciri menarik seperti sistem suspensi yang mantap, sistem brek dengan ABS, kusyen buatan material kulit, rekaan lampu depan dan belakang yang klasik dan tersendiri dan panel instrumen LCD yang juga didatangkan dalam gaya rekaan klasik.
Artikel berkaitan :