Menurut laporan, Benelli bakal melancarkan beberapa buah model baharu pada tahun ini, antaranya model full fairing Benelli 600RR yang sporty dan garang ini. Penampakan model ini baru saja terdedah di dalam internet, memperlihatkan reka bentuknya yang telah siap sepenuhnya dan bersedia untuk dilancarkan pada bila-bila masa sahaja.
Di badannya yang berwarna biru dan putih kelihatan tertulis perkataan Q600 yang besar, memberikan kemungkinan bahawa ianya juga akan dikenali dengan nama Benelli Q600 apabila dilancarkan nanti. Enjinnya dipercayai bersesaran 600cc, sama seperti model terbaharu Benelli SRK600 yang penampakannya terdedah baru-baru ini.
Apabila dilancarkan nanti, Benelli 600RR atau Benelli Q600 ini akan bersaing dengan model-model full fairing lain sekelas dengannya seperti Honda CBR650R dan Kawasaki Ninja 650. Kebiasaannya model-model keluaran Benelli dijual pada harga yang lebih rendah, namun tetap menawarkan spesifikasi dan ciri-ciri yang menarik dan moden.
Sumber : IndianAutosBlog & Torque Wars