Tempahan dibuka untuk CFMOTO 250SR, harga RM 15,800.00

Baru-baru ini Tenaga Motor yang merupakan salah satu wakil pengedar motosikal berjenama CFMOTO di pasaran Malaysia, telah mengumumkan bahawa tempahan untuk model sportbike CFMOTO 250SR kini dibuka secara rasmi. Harga untuk model berkenaan juga telah didedahkan iaitu hanya RM 15,800.00 sahaja.

Pelancaran rasmi CFMOTO 250SR di pasaran tempatan sebelum ini dijadualkan akan berlangsung pada bulan Mei, namun telah ditunda ke bulan Julai 2020 disebabkan oleh wabak Covid-19. CFMOTO 250SR dikuasakan enjin 249.2cc dengan transmisi enam kelajuan, serta tampil dengan reka bentuk yang cukup sporty dan bergaya.

Untuk maklumat selanjutnya mengenai spesifikasi CFMOTO 250SR atau untuk melihat galeri gambar-gambar menariknya, anda boleh membaca artikel terdahulu dalam pautan di bawah, teruskan bacaan anda;

(Visited 13,751 times, 1 visits today)