Honda CBR300R 2020 bakal dilancarkan di pasaran Thailand

2015 Honda Light Weight Super Sports Concept

Honda CBR300R ketika ini masih dijual di pasaran USA dan Thailand, namun ianya merupakan model lama yang masih mengekalkan reka bentuk dan spesifikasi terdahulu. Baru-baru ini dikhabarkan bahawa Honda bakal melancarkan CBR300R generasi baharu, dan Thailand dikatakan negara pertama yang akan melancarkannya.

Menurut maklumat dari laman sesawang Motosaigon.com, Honda CBR300R 2020 terbaharu dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, dengan jangkaan pada ketika itu pandemik Covid-19 telah pun reda. Sebelum ini pelancarannya dijadualkan berlangsung pada bulan Mac atau April, namun tidak menjadi kenyataan.

Pengeluaran CBR300R 2020 generasi terbaharu ini dikatakan masih daripada kilang pemasangan Honda di Thailand, dengan mengekalkan enjin 286cc satu silinder, sama seperti generasi sebelumnya. Namun dikatakan enjin tersebut akan dinaiktaraf secara signifikan agar ianya mampu menjana jumlah kuasa kuda dan tork yang lebih tinggi.

Honda juga dikhabarkan akan memastikan enjin tersebut memenuhi piawaian emisi standard Euro 5, kerana dijangkakan ianya akan turut dijual di pasaran global termasuk Eropah. Dari segi gaya rekaan, CBR300R 2020 terbaharu bakal menampilkan reka bentuk lebih sporty, mungkin inspirasi daripada model konsep seperti di atas.

Jangkaan lain melibatkan aspek teknikal ialah ianya bakal dilengkapi dengan suspensi depan jenis upside-down, sistem Assist & Slipper Clutch, teknologi lampu LED dan beberapa lagi ciri yang lebih moden dan terkini. Untuk lebih kepastian, kita perlu menunggu pelancaran rasminya pada hujung tahun ini atau pada awal tahun depan.

(Visited 1,538 times, 1 visits today)