Benelli TNT25N 2020 di pasaran Mexico

Ini ialah Benelli TNT25N model tahun 2020 yang ditawarkan di pasaran Mexico. Ianya dikuasakan enjin bersesaran 249cc (1-cylinder, 4-stroke, 4-valve) yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Ciri-ciri lain pada enjin tersebut termasuklah sistem suntikan bahan api EFI dan sistem penghidup jenis elektrik.

Benelli TNT25N menawarkan kuasa maksimum pada paras 25.5hp (19kW) @ 9,250rpm dengan tork setinggi 21.2Nm @ 8,000rpm. Tangki bahan apinya mampu menampung sehingga 13.5 liter petrol, dan berat kering motosikal tersebut ialah 146 kilogram.

Sistem suspensi depan Benelli TNT25N terdiri daripada sepasang fork jenis upside-down, yang kemudiannya digandingkan bersama-sama suspensi monoshock di bahagian belakang. Brek depan dan belakang dilengkapi cakera tunggal, masing-masing mempunyai ukuran diameter 260 mm dan 240 mm.

Sementara itu, rim aloi pada model berkenaan dipasangkan tayar depan dalam siri 100/80-17 dan tayar belakang dalam siri 130/70-17. Tidak dilupakan, ianya turut dilengkapi paparan instrumen digital yang moden. Secara keseluruhannya, Benelli TNT25N tampil dengan gaya rekaan sederhana namun tetap sporty.

(Visited 181 times, 1 visits today)