Penampakan model baharu Benelli SRK600

Baru-baru ini telah tersebar beberapa keping gambar penampakan model terbaharu Benelli SRK600, yang dikatakan telah siap untuk dilancarkan dalam masa terdekat. Beberapa keping gambar spyshot tersebut juga dikatakan berasal dari China, yang dipercayai dirakamkan di kilang Benelli di negara tersebut (Qianjiang Group).

Menurut maklumat awal, Benelli SRK600 ini merupakan generasi baharu kepada model Benelli TNT600, dan masih menggunakan enjin 600cc yang sama (4 cylinders in line, 4-stroke, liquid cooled, 16 valves for cylinders, DOHC). Bagaimanapun berbanding TNT600, penampilan SRK600 dapat dilihat jauh lebih segar, sporty dan agresif.

Berdasarkan gambar-gambar spyshot tersebut, Benelli SRK600 dilengkapi lampu depan rekaan baharu, panel instrumen digital berwarna, fork depan upside-down, brek cakera berkembar dan tunggal, suspensi belakang monoshock di bahagian sisi kanan dan rekaan ekzos baharu. SRK600 ini dijangka akan berada di pasaran tahun depan.

Sumber gambar : info.xcar.com.cn

(Visited 387 times, 1 visits today)