Modenas tawar rebat RM 1,000.00 untuk Dominar D400

Syarikat pengeluar motosikal nasional Modenas baru-baru ini telah menawarkan rebat berjumlah RM 1,000.00 untuk pembelian model sports tourer Modenas Dominar D400. Promosi rebat tersebut bermula dari tarikh 02hb. Mei sehingga 31hb. Ogos 2020.

Modenas Dominar D400 sebelum ini telah mengalami penurunan harga pada Mac yang lepas, menjadikan harga terkininya adalah sebanyak RM 13,788.00. Dengan pemberian rebat RM 1,000.00 ini, menjadikan pembelian model tersebut kini semakin berbaloi.

Untuk anda yang berminat dengan promosi rebat yang ditawarkan ini, boleh hubungi atau hadir sendiri ke mana-mana cawangan pengedar Modenas yang berdekatan untuk maklumat selanjutnya.

(Visited 158 times, 1 visits today)