CFMOTO 250SR 2020 tampil dengan warna Turquoise Blue

Model sport bike terbaharu dalam kelas 250cc, CFMOTO 250SR 2020 secara rasminya telah diperkenalkan pada awal tahun ini untuk pasaran China. Model tersebut juga dikatakan bakal dilancarkan di pasaran Malaysia dalam bulan Mei ini, namun oleh kerana penularan wabak Covid-19, tidak pasti jika berlakunya sebarang perubahan.

Setakat ini berdasarkan pemerhatian di dalam laman sesawang CFMOTO Global, di dapati 250SR kini menawarkan warna baharu Turquoise Blue yang kelihatan sangat menarik dan sporty, ditambah pula dengan adanya pelekat daripada beberapa jenama terkenal di badannya seperti Continental, Total, Bosch, NGK, D.I.D dan CST. Selain Turquoise Blue, 250SR juga  menawarkan pilihan warna Nebula Black.

CFMOTO 250SR didatangkan dalam dua varian iaitu Standard Version dan High Version, di mana varian High Version mempunyai spesifikasi yang lebih baik apabila dilengkapi klac jenis slipper clutch, sistem brek ABS dan panel instrumen TFT. Bagi varian Standard Version, ianya dilengkapi klac jenis wet multi-plate, sistem brek CBS dan panel instrumen monochrome LCD.

Aspek kuasa 250SR dijana oleh enjin dalam sesaran 249.2cc (single-cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC), yang kemudiannya disempurnakan oleh sistem penyampaian bahan api BOSCH EFI dan transmisi enam kelajuan yang lancar. Kuasa yang dihasilkan mencapai angka 27.5hp @ 9,750rpm dengan tork puncak 22Nm @ 7,500rpm. Enjin tersebut juga dikatakan telah mematuhi piawaian EURO4.

Ciri-ciri lain yang melengkapi 250SR termasuklah lampu LED sepenuhnya, skrin TFT dengan penunjuk mod Sport dan Eco, fork depan jenis upside-down, tayar radial berjenama CST dengan ukuran 110/70-R17 (depan) dan 140/60-R17 (belakang), rim aloi aluminium dan sistem brek cakera depan (292mm) dan belakang (220mm).

(Visited 7,244 times, 1 visits today)