Warna baharu untuk Yamaha XSR900 ABS 2020 di pasaran Jepun

Bermula 25hb. Februari 2020, Yamaha XSR900 ABS 2020 dengan pilihan dua warna dan perubahan minor terbaharu, telah memulakan jualannya secara rasmi di pasaran Jepun. Bagi warna White (putih bersama-sama jalur merah hitam), ianya dikatakan mengembalikan warna model popular Yamaha pada tahun 1980an dahulu.

Warna baharu kedua ialah Matt Gray yang tidak kurang menariknya. Perubahan minor pula melibatkan lampu depan yang kini mempunyai tambahan lampu posisi. Aspek teknikal memperlihatkan XSR900 ABS ini dilengkapi enjin 845cc (In-line, 3-cylinder, Water-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valve) dengan gandingan transmisi enam kelajuan, dan menawarkan kuasa maksimum 116PS @ 10,000rpm dan tork 87Nm @ 8,500rpm.

Model bergaya neo-retro ini turut hadir dengan beberapa teknologi terkini antaranya seperti TCS (Traction Control System), Assist & Slipper Clutch, YCC-T (Yamaha Electronically Controlled Throttle) dan Yamaha D-MODE. Harga yang ditawarkan sebanyak 1,061,500 Yen, bersamaan RM 42,724.07 mengikut kadar semasa.

(Visited 265 times, 1 visits today)