Yamaha perkenal warna baharu untuk MT-09 ABS 2020 di pasaran Jepun

Untuk pasaran domestik Jepun, jentera naked Yamaha MT-09 ABS model tahun 2020 kini didatangkan dengan pilihan warna baharu Blue, di samping dua pilihan warna terdahulu iaitu Matte Light Gray dan Matt Dark Gray. Bagi model MT-09 SP ABS, pilihan warna Black masih kekal ditawarkan untuk musim jualan tahun ini.

Yamaha MT-09 ABS dikuasakan enjin crossplane tiga silinder sebaris bersesaran 845cc (water-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valve), yang kemudiannya digandingkan dengan transmisi enam kelajuan. Enjin tersebut menghamburkan kuasa maksimum pada paras 116PS @ 10,000rpm dengan tork setinggi 87Nm @ 8,500rpm.

Ciri-ciri lain yang melengkapi jentera naked dengan penampilan buas ini antaranya termasuklah sistem brek cakera berkembar di bahagian roda depan dan cakera tunggal di bahagian belakang, lampu depan jenis LED, ketinggian tempat duduk 820 mm, berat 193 kg dan menawarkan tangki bahan api dengan isian maksimum 14 liter.

Yamaha MT-09 ABS juga didatangkan sistem Assist & Slipper Clutch, QSS (Quick Shift System), YCC-T (Yamaha Chip Controlled Throttle), TCS (Traction Control System), sistem Yamaha D-Mode dan paparan meter LCD dengan pelbagai fungsi. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak 1,023,000 Yen (RM 41,562.13 mengikut kadar semasa).

(Visited 180 times, 1 visits today)