Harga Aprilia RS250SP 2020 diumumkan – 9,700 Euro

Jentera perlumbaan Aprilia RS250SP diperkenalkan pada penghujung tahun lepas di EICMA 2019 yang berlangsung di Milan, Itali. Model tersebut dibangunkan hasil daripada kerjasama di antara Aprilia Racing dan Ohvale, dan akan digunakan dalam siri perlumbaan baharu Italian FMI Aprilia Sport Production Championship mulai tahun ini.

Spesifikasi teknikal Aprilia RS250SP 2020 ini antaranya adalah seperti enjin empat lejang 250cc satu silinder, 4 valve, sejukan cecair, DOHC with balance shaft, serta komponen-komponen teknikal seperti rim roda Marchesini, sistem suspensi Ohlins, brek daripada Brembo, sistem ekzos SC Project dan tayar berjenama Pirelli.

Menurut Inmoto.it, RS250SP mempunyai kuasa maksimum 28hp @ 9,500rpm dan tork sebanyak 22Nm @ 7,000rpm. Dibina berasaskan model RS125, apa yang menariknya ialah berat RS125SP ini hanyalah 105 kg sahaja. Harganya pula diumumkan sebanyak 9,700 Euro, bersamaan RM 45,528.30 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Dengan pelancaran jentera perlumbaan baharu dalam kelas 250cc ini, adalah lebih menarik kalau Aprilia kembali dengan model sportbike seperti mana Aprilia RS250 yang pernah mewarnai dunia motosikal dua lejang suatu ketika dahulu. Pada pendapat anda, adakah Aprilia RS250 versi empat lejang akan muncul di pasaran pada masa depan?

(Visited 83 times, 1 visits today)