Honda Winner X 2020 versi Sport dilancarkan dengan warna baharu dan sistem brek ABS

Pada tarikh 24hb. April 2020 yang lalu, Honda telah memperkenalkan model Winner X 2020 versi Sport terbaharu untuk pasaran Vietnam, yang kini didatangkan dengan pilihan warna baharu Silver Black Red dan dilengkapi sistem brek ABS.

Untuk pasaran Vietnam, Honda Winner X 2020 juga ditawarkan dalam versi Camo, Translucent Black dan Race Track, di mana ketiga-tiga versi tersebut turut dilengkapi dengan sistem brek ABS. Bagi versi Sport yang hadir dengan pilihan lima warna untuk model tanpa ABS, pelancaran versi Sport terbaharu dengan sistem brek ABS kini menjadikannya mempunyai pilihan enam warna kesemuanya.

Harga yang ditawarkan untuk Winner X 2020 versi Sport ABS tersebut adalah sebanyak 48,990,000 VND, bersamaan RM 9,090.47 mengikut kadar tukaran semasa. Berikut ialah senarai harga keseluruhan untuk Honda Winner X 2020 di pasaran Vietnam :

No. Version Brake type Color Suggested retail price

(VAT included)

1 Track Version ABS brakes – Red Blue White Black 49.990.000
2 Translucent Black Version ABS brakes – Black and Silver Bronze 49.490.000
3 Camo Version ABS brakes – Blue Silver Black

– Red Silver Black

48.990.000
4 Sport Version ABS brakes – Silver Black Red (New) 48.990.000
Brake often – Black Orange

– Silver Red Black

– Black Blue

– Blue Silver Black

– Red Silver Black

45.990.000

Honda Winner X memiliki enjin empat lejang dengan satu silinder bersesaran 149.1cc DOHC, serta dilengkapi sistem suntikan bahan api PGM-FI dan sistem penyejuk jenis cecair. Enjin tersebut menghamburkan kuasa maksimum 11.5kW @ 9,000rpm dengan tork puncak 13.5Nm @ 6,500rpm. Transmisinya ialah enam kelajuan.

Menurut Honda Vietnam, Winner X 2020 versi Sport ABS terbaharu ini akan memulakan jualannya pada tarikh 08hb. Mei 2020, dan dibekalkan tempoh jaminan selama 3 tahun atau 30,000 km jarak perbatuan, yang mana tiba dahulu. Untuk pasaran Malaysia, masih belum ada maklumat terkini bilakah ianya akan dilancarkan.

(Visited 179 times, 1 visits today)