Galeri : Ducati Streetfighter V4 S 2020

Ducati baru-baru ini telah menerbitkan galeri gambar-gambar menarik model terbaharunya Ducati Streetfighter V4 S model tahun 2020. Model tersebut dilengkapi enjin Desmosedici Stradale dengan kapasiti 1,103cc, yang menghamburkan kuasa maksimum 208hp @ 12,750rpm dengan tork 123Nm @ 11,500rpm.

Menurut Ducati, kuasa untuk model naked ini masih boleh ditingkatkan kepada 220hp dan 130Nm, apabila ianya dilengkapi sistem ekzos jenis perlumbaan (full-racing Ducati Performance exhaust by Akrapovič). Penggunaan ekzos tersebut turut mengurangkan berat sebanyak 6 kg, daripada berat asal 201 kg (V4) dan 199 kg (V4 S).

Apa yang membezakan di antara varian standard Streetfighter V4 dan varian premium Streetfighter V4 S ialah dari segi sistem suspensi dan rim roda, di mana tambahan kelengkapan eksklusif untuk Streetfighter V4 S adalah seperti berikut :

  • Ducati Electronic Suspension (DES) EVO
  • Öhlins NIX-30 forks with Öhlins Smart EC 2.0 control system
  • Öhlins TTX 36 shock absorber with Öhlins Smart EC 2.0 control system
  • Öhlins steering damper with Öhlins Smart EC 2.0 control system
  • Forged aluminium Marchesini wheels

Dari segi penampilan, Streetfighter V4 mempunyai reka bentuk yang garang dan buas, dibangunkan daripada model Panigale V4 yang telah dibuang fairing, serta ditukarkan handlebarnya kepada bentuk yang lebih tinggi dan luas. Lampu depan LED yang minimalis dan lampu DRL berbentuk V, menjadikannya lebih eksklusif dan tersendiri.

Ciri-ciri lain yang melengkapi jentera naked ini antaranya ialah ketinggian tempat duduk yang ergonomik iaitu berada pada paras hanya 845mm, sistem Front Frame yang canggih daripada pengalaman Ducati di dalam perlumbaan MotoGP, sistem suspensi yang sofistikated daripada Showa dan Ohlins, sistem brek Brembo Stylema® monobloc calipers dan tangki bahan api aluminium dengan isian 16 liter. Tidak dilupakan ialah paparan instrumen TFT berwarna sepenuhnya berukuran 5 inci.

Sistem pakej elektronik generasi terkininya berasaskan daripada 6-axis Inertial Measurement Unit (6D IMU), yang memberikan kawalan sepenuhnya kepada setiap bahagian tunggangan. Berikut ialah senarai sistem elektronik yang melengkapi Streetfighter V4, di samping tiga mod tunggangan iaitu Race Riding Mode, Sport Riding Mode dan Street Riding Mode :

  • ABS Cornering EVO
  • Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
  • Ducati Slide Control (DSC)
  • Ducati Wheelie Control (DWC) EVO
  • Ducati Power Launch (DPL)
  • Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2
  • Engine Brake Control (EBC) EVO
  • Ducati Electronic Suspension (DES) EVO

Galeri : 2020 Ducati Streetfighter V4 S

(Visited 140 times, 1 visits today)