Honda CBR1000RR-R Fireblade dan CBR1000RR-R Fireblade SP 2020 dilancarkan di pasaran Jepun

Honda baru-baru ini secara rasminya melancarkan model terbaharu CBR1000RR-R Fireblade dan CBR1000RR-R Fireblade SP 2020 untuk pasaran Jepun. CBR1000RR-R Fireblade boleh didapati dalam pilihan warna Matte Pearl Morion Black dan Grand Prix Red, manakala varian SP hanya tersedia pilihan warna tunggal Grand Prix Red.

Kedua-dua model tersebut dikuasakan enjin empat silinder bersesaran 999cc dengan kuasa maksimum 218PS @ 14,500rpm dan tork puncak 113Nm @ 12,500rpm. Enjin berprestasi tinggi itu seterusnya dipadankan transmisi enam kelajuan. Berat motosikal berada pada paras 201 kg, sementara kapasiti penuh tangki bahan api ialah 16 liter.

Untuk model CBR1000RR-R Fireblade SP, kelebihannya berbanding CBR1000RR-R Fireblade ialah ianya dilengkapi sistem suspensi premium daripada Öhlins dan angkup brek depan daripada Brembo. Selain itu ianya juga mempunyai bateri ion litium yang menyumbang kepada berat yang lebih ringan dan quick shifter sebagai ciri standard.

Untuk pasaran Jepun yang akan memulakan jualannya mulai 20hb. Mac 2020, Honda meletakkan sasaran jualan sebanyak 800 unit setahun. Honda CBR1000RR-R Fireblade 2020 dijual pada harga 2,420,000 Yen (bersamaan RM 95,867.07), manakala Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 2020 berharga 2,783,000 Yen (RM 110,247.13).

Artikel berkaitan :


Artikel Popular Minggu Ini :

Dayang ADV150 diilhamkan daripada model Honda ADV150, dilengkapi enjin lebih berkuasa dan kamera depan belakang

Pelancaran rasmi Honda ADV150 2021 dijangka pada bulan Februari depan, harga asas sekitar RM 14k

Penampilan baharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 apabila dipasangkan lampu depan (headlamp) Yamaha Exciter 150