BMW F 900 R 2020 kini di pasaran Malaysia, RM 62,500.00

BMW Motorrad baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan model roadster terbaharu BMW F 900 R 2020 untuk pasaran Malaysia. Harga asas yang ditawarkan untuk model berkenaan adalah sebanyak RM 62,500.00, dengan dua pilihan warna menarik iaitu Hockenheim Silver Metallic/Racing Red dan San Marino Blue Metallic.

BMW F 900 R dikuasakan enjin berkapasiti 895cc (water-cooled 4-stroke in-line two-cylinder engine, four valves per cylinder, two overhead camshafts) yang dipadankan transmisi enam kelajuan, seterusnya menghamburkan prestasi maksimum pada angka 105hp @ 8,500rpm dengan tork puncak 92Nm @ 6,500rpm . Menurut BMW Motorrad, enjin tersebut telah mematuhi piawaian emisi EURO5.

Ketinggian tempat duduk BMW F 900 R ialah 815mm, dan dengan berat 211 kg, jentera lincah ini dikatakan mampu mencapai kelajuan maksimum 216 km/j. Tangki bahan apinya pula mempunyai kapasiti isian penuh 13 liter. Untuk pengendalian maksimum, suspensi depannya merupakan fork teleskopik jenis upside down 43mm dengan travel 135mm, manakala suspensi belakang ialah monoshock (spring pre-load hydraulically adjustable, rebound damping adjustable) dengan travel 142mm.

Untuk pemberhentian yang selamat dan cekap pada setiap masa, sistem brek BMW F 900 R dilengkapi dengan sistem ABS bersama-sama cakera berkembar 320mm di bahagian depan (floating brake discs, 4-piston radial brake calipers), sementara di bahagian belakangnya ialah cakera tunggal 265mm (single-piston floating caliper). Kestabilan sewaktu tunggangan di jalan raya kemudiannya disempurnakan oleh tayar depan 120/70 ZR 17 dan belakang 180/55 ZR 17.

BMW F 900 R 2020 turut didatangkan dengan ciri-ciri standard seperti paparan TFT berwarna, lampu depan LED (low / high beam), lampu signal LED, ASC (Automatic Stability Control), mod tunggangan Rain/Road, brek tangan dan tuil klac boleh laras serta soket pengecas 12V. Ciri-ciri tambahan lain juga disediakan sebagai pilihan, seperti mana dalam senarai di bawah :

2020 BMW F 900 R Optional equipment (OE)

  • Headlight Pro incl. adaptive curve light
  • Riding modes Pro incl. ABS Pro / DTC / MSR / DBC
  • Dynamic ESA (electronic suspension adjustment)
  • Keyless ride
  • Intelligent emergency call
  • RDC (tire pressure control)
  • Lowered suspension kit

Untuk ketenangan fikiran berpanjangan, BMW Motorrad menawarkan tempoh jaminan selama tiga tahun untuk BMW F 900 R di pasaran tempatan.

(Visited 737 times, 1 visits today)