Yamaha XMAX 125 2020 tampil sporty, bergaya dan praktikal

Untuk pasaran Eropah, Yamaha menawarkan skuter maxi Yamaha XMAX 125 yang tampil sporty, bergaya dan praktikal. Model tersebut merupakan yang terkecil di dalam siri Yamaha MAX, di samping model-model XMAX 300, XMAX 400 dan TMAX 560.

Antara ciri-ciri yang melengkapi XMAX 125 ialah sistem operasi tanpa kunci Smart Key yang memudahkan, ruang storan yang cukup luas di bawah pelana, membolehkan dua buah helmet bermuka penuh dan barangan tambahan lain disimpan di dalamnya, termasuklah kehadiran lampu depan, lampu posisi dan lampu belakang jenis LED.

Untuk kawalan yang lebih meyakinkan sewaktu tunggangan, XMAX 125 dilengkapi sistem TCS (Traction Control System), manakala suspensi depan yang terdiri daripada fork jenis motosikal dengan travel 110 mm memberikan keselesaan dan kawalan maksimum sewaktu operasi pemberhentian dan pengambilan selekoh.

Menambahkan lagi keselesaan ialah pelana bercirikan kemewahan dengan rekaan yang sporty dan cool. Panel instrumen LCD yang bergaya dan luas pula memberikan pelbagai informasi penting, sementara outlet 12V yang terdapat di ruang penyimpanan kiri di bahagian depan berguna untuk pengecasan peranti. Lebih istimewa, kualiti rekaan dan kemasan akhir XMAX 125 adalah bertaraf premium dan berkualiti tinggi.

Yamaha XMAX 125 model tahun 2020 ini memiliki enjin 124cc yang berkuasa dan ekonomi (single cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valves), dengan padanan transmisi V-Belt Automatic. Kuasa maksimum yang dikeluarkan enjin bertaraf EURO4 itu mencapai angka 10.5kW @ 8,750rpm dengan tork 12.0 Nm @ 6,500rpm.

Sistem brek yang selamat dan cekap untuk XMAX 125 disempurnakan oleh cakera tunggal depan dan belakang. Bahagian rodanya memperlihatkan kehadiran rim depan 15 inci dengan tayar 120/70 dan belakang dengan rim 14 inci dan tayar 140/70. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti maksimum 13 liter, dan berat basahnya ialah 175 kg.

Yamaha XMAX 125 2020 di pasaran UK boleh dimiliki pada harga jualan bermula dari £4,824.00, bersamaan RM 25,809.76 mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Dua pilihan warna yang boleh didapati ialah Sonic Grey dan Blazing Grey.

(Visited 180 times, 1 visits today)