Warna baharu Honda Grom 2020 untuk pasaran Jepun

Honda Grom model tahun 2020 untuk pasaran Jepun kini didatangkan dengan dua pilihan warna dan sentuhan grafik rekaan baharu yang sporty dan menawan. Kedua-dua warna baharu itu diberikan nama Rose White dan Matte Axis Gray Metallic.

Sebagai tambahan, rim depan dan belakang, penutup bahagian kanan enjin, dan spring suspensi belakang diwarnakan hitam untuk memberikan gambaran keseluruhan yang lebih kukuh. Kaliper brek berwarna merah pula menyerlahkan lagi penampilannya.

Honda Grom memiliki enjin empat lejang 124cc dengan silinder tunggal dan sistem sejukan udara, dengan padanan kotak gear empat kelajuan. Enjin tersebut menawarkan kuasa maksimum 9.8PS @ 7,000rpm dengan tork 11Nm @ 5,250rpm.

Ciri-ciri menarik yang ada pada model kompak ini antaranya ialah suspensi depan jenis terbalik berwarna emas, brek cakera depan dan belakang, pengendalian yang mudah dan tangkas serta menawarkan tunggangan yang lincah di kawasan bandar.

Honda Grom terbaharu ini bakal berada di pasaran domestik Jepun mulai 13hb. Mac 2020, pada harga jualan 363,000 Yen (bersamaan RM 14,114.71 mengikut kadar semasa). Sasaran jualan yang ditetapkan adalah sebanyak 1,500 unit setahun.

(Visited 91 times, 1 visits today)