Honda PCX dan PCX150 2020 di pasaran Jepun tampil dengan dua pilihan warna matte

Baru-baru ini untuk pasaran domestik Jepun bermula dari tarikh 28hb. Februari 2020, Honda PCX dan PCX150 telah ditawarkan dengan dua pilihan warna matte, yang dikenali dengan nama Matte Ion Blue Metallic dan Matte Galaxy Black Metallic.

Kedua-dua model itu hanya ditawarkan dalam masa terhad, dengan sasaran jualan untuk PCX adalah sebanyak 3,000 unit sahaja. Bagi model PCX150 dan PCX150 ABS, jualan keseluruhan untuk kedua-dua varian tersebut ditetapkan sebanyak 1,200 unit.

Harga jualan untuk Honda PCX dan PCX150 / PCX150 ABS dengan pilihan dua warna baharu matte adalah seperti berikut :

  • 2020 Honda PCX : 352,000 Yen
  • 2020 Honda PCX150 : 383,900 Yen
  • 2020 Honda PCX150 ABS : 405,900 Yen

Beralih ke bahagian teknikal, Honda PCX dilengkapi enjin bersesaran 124cc dengan kuasa maksimum 12PS @ 8,500rpm dan tork 12Nm @ 5,000rpm. Sementara itu Honda PCX150 dan PCX150 ABS masing-masing memiliki enjin berkapasiti 149cc, dengan kuasa maksimum 15PS @ 8,500rpm dan tork 14Nm @ 6,500rpm.

Kedua-dua model dilengkapi suspensi depan jenis teleskopik, dan di bahagian belakang ialah dua penyerap hentak jenis berkembar (swing arm). Sistem brek pula sudah memadai dengan hanya menempatkan brek cakera di bahagian depan sahaja. Tangki bahan api PCX dan PCX150 masing-masing mempunyai isian penuh 8.0 liter.

(Visited 48 times, 1 visits today)