Benelli TRK 251 model tahun 2020

Motosikal kembara Benelli TRK 251 model tahun 2020 dilengkapi enjin 249cc (single cylinder, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves for cylinder double overhead camshaft) yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Janaan kuasa yang terhasil mencapai angka 25.8hp @ 9,250rpm dengan tork 21.1Nm @ 8,000rpm.

Binaan kerangka trellis TRK 251 diperbuat daripada tiub keluli. Beralih ke bahagian suspensi depan, ianya terdiri daripada fork jenis upside-down dengan kaki berdiameter 41 mm. Suspensi belakang pula merupakan gandingan di antara lengan ayun dan monoshock dengan travel 60 mm.

Sistem brek TRK 251 memperlihatkan kehadiran cakera tunggal berdiameter 280 mm dengan angkup 4-piston di bahagian depan, manakala cakera 240 mm dengan angkup piston tunggal melengkapi sistem brek di bahagian belakang. Rim aloi aluminium 17 inci dipadankan tayar 110/70 untuk bahagian depan dan 150/60 di bahagian belakang.

Benelli TRK 251 model tahun 2020 boleh didapati dalam pilihan warna hitam, merah dan putih.

(Visited 726 times, 1 visits today)