Benelli TRK 251 model tahun 2020 di pasaran Malaysia, harga asas bermula dari RM 13,888.00

Motosikal kembara Benelli TRK 251 model tahun 2020 dilengkapi enjin 249cc (single cylinder, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves for cylinder double overhead camshaft) yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Janaan kuasa yang terhasil mencapai angka 25.8hp @ 9,250rpm dengan tork maksimum 21.1Nm @ 8,000rpm.

Binaan kerangka trellis pada Benelli TRK 251 diperbuat daripada tiub keluli yang kukuh dan tegar. Beralih ke bahagian suspensi depan, ianya terdiri daripada fork jenis upside-down dengan kaki berdiameter 41 mm. Suspensi belakang pula merupakan gandingan di antara lengan ayun dan monoshock dengan ukuran travel 60 mm.

Sistem brek TRK 251 memperlihatkan kehadiran cakera tunggal berdiameter 280 mm dengan angkup 4-piston di bahagian depan, manakala cakera 240 mm dengan angkup piston tunggal melengkapi sistem brek di bahagian belakang. Rim aloi aluminium 17 inci dipadankan tayar 110/70 untuk bahagian depan dan 150/60 di bahagian belakang.

Untuk pasaran Malaysia, Benelli TRK 251 bagi model tahun 2020 boleh didapati dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Jet Black, Ruby Red dan Titanium Grey. Bagi varian Standard, harga asasnya adalah sebanyak RM 13,888.00, manakala varian ABS boleh dimiliki pada harga asas RM 14,688.00 (tidak termasuk kos insuran dan cukai jalan).

(Visited 6,907 times, 1 visits today)