Yamaha Exciter 150 versi facelift terbaharu (Yamaha Y15ZR V2) telah dilancarkan di pasaran Vietnam dalam bulan Ogos 2018 yang lalu. Dalam tahun 2019, versi Movistar untuk model berkenaan telah diperkenalkan dan dijual di negara tersebut.
Dari segi spesifikasi, tiada sebarang perubahan teknikal untuk Exciter 150 Movistar, kecuali perubahan daripada segi kosmetik sahaja. Selain itu, versi Monster Energy Yamaha MotoGP Edition juga ditawarkan untuk Exciter 150 di pasaran Vietnam, di samping versi Doxou dan Special Edition dengan tema ‘Dusk & Dawn Of The City’.
Yamaha Exciter 150 Movistar 2019 untuk pasaran Vietnam ditawarkan pada harga 47,990,000 VND, bersamaan RM 8,734.65 mengikut kadar tukaran semasa.