Diperkenalkan pada penghujung tahun lepas, Benelli BN 125 model tahun 2020 tampil dengan imej sporty dan agresif. Model tersebut juga mempamerkan rekaan grafik dan warna flash green baharu yang menyerlah, serta beberapa sentuhan estetik yang menjadikannya sebagai sebuah motosikal yang sesuai untuk penunggang entry-level.
Benelli BN 125 mempunyai enjin berkapasiti 125cc (single cylinder, 4 stroke, air-oil cooled 4 valves, single overhead camshaft (SOHC), double spark), dengan kuasa maksimumnya sebanyak 11.1hp pada 9,500rpm dan tork 10Nm pada 7,000rpm. Enjin yang bertenaga itu kemudiannya digandingkan dengan transmisi lima kelajuan.
Benelli BN 125 menggunakan kerangka jenis trestle dengan tiub keluli, bagi menjamin tahap ketangkasan maksimum dan keupayaannya sewaktu tunggangan. Sistem suspensi terdiri daripada fork depan jenis terbalik (upside-down), dan lengan ayun belakang dipadankan penyerap hentak tengah dengan spring prabeban boleh laras.
Pemberhentian yang selamat untuk Benelli BN 125 ditugaskan kepada brek cakera 260mm di bahagian depan dengan kaliper tiga piston dengan CBS, dan di bahagian belakang ialah cakera 240mm dengan kaliper dua piston juga dengan CBS. Rim aloi aluminium 17 inci depan dipasangkan tayar dalam siri 110/80 dan belakang 130/70.
Benelli BN 125 2020 didatangkan empat pilihan warna yang menarik iaitu hitam, merah, putih dan hijau.