Yamaha MT-10 Tourer Edition 2020 bersedia untuk sesi pengembaraan jarak jauh

Yamaha MT-10 merupakan sebuah jentera naked berkuasa tinggi yang menawarkan prestasi tunggangan menakjubkan. Bersesuaian dengan perwatakannya yang agresif dan boleh menuju ke mana saja destinasi tanpa halangan, ianya turut ditawarkan dalam versi pengembaraan dan dikenali dengan nama Yamaha MT-10 Tourer Edition.

Bagi model tahun 2020, MT-10 Tourer Edition masih mengekalkan spesifikasi teknikal yang sama seperti model tahun sebelumnya, begitu juga dengan pakej aksesori yang melengkapinya. Bagaimanapun untuk menyemarakkan lagi kehadirannya untuk musim baharu ini, MT-10 Tourer Edition didatangkan dalam pilihan warna Ice Fluo, Icon Blue dan Tech Black, sama seperti yang diterima oleh model Yamaha MT-10 2020.

Antara kelebihan Yamaha MT-10 Tourer Edition 2020 ini ialah ianya dilengkapi beg sisi ringan (lightweight sidecases) yang memberikan penunggang fungsi tambahan yang diperlukan bagi disesuaikan dengan gaya hidup, sementara sokongan sistem GPS memberi kemudahan yang diperlukan dalam setiap perjalanan.

Juga dilengkapi skrin penghadang angin yang tinggi, tempat duduk yang selesa dan pelindung jari (knuckle guards), jentera naked 998cc dengan kuasa maksimum 160.4PS @ 11,500pm dan tork maksimum 111.0Nm @ 9,000rpm, bersama-sama jarak roda pendek ini dikatakan lebih dari bersedia untuk menuju ke destinasi paling jauh.

(Visited 2,313 times, 1 visits today)