Kawasaki Ninja ZX-25R dengan enjin 250cc 4-silinder bakal dilancarkan di Indonesia pada 4 April 2020

Model terbaharu yang ditunggu-tunggu, Kawasaki Ninja ZX-25R dengan enjin 250cc empat silinder kini rasmi bakal dilancarkan di negara jiran Indonesia pada tarikh 04hb. April 2020 akan datang. Ini berdasarkan maklumat di dalam teaser yang disiarkan oleh Kawasaki Indonesia melalui siaran YouTube mereka.

Berdasarkan maklumat terdahulu, Kawasaki Ninja ZX-25R serba baharu ini akan dilancarkan di pasaran Indonesia terlebih dahulu, dan kemudiannya dijangka akan dilancarkan di pasaran Jepun selepas itu. Model ini juga dipercayai akan dilancarkan di pasaran Malaysia, namun mungkin ketibaannya hanya akan berlaku tahun depan.

Pada hari pelancarannya nanti, sudah pasti Kawasaki akan mendedahkan maklumat berkenaan harga dan spesifikasi lengkap jentera 250cc empat silinder ini. Jadi sama-sama kita tunggu pelancarannya dan berharap harganya tidaklah terlalu mahal. Untuk anda yang berkesempatan, mungkin boleh hadir sendiri ke acara Kawasaki Bike Week 2020 di Jakarta, Indonesia.