Kawasaki W800 2020 melengkapkan barisan model W

Diperkenalkan dalam bulan Oktober 2019, ikon klasik Kawasaki W800 model tahun 2020 secara rasminya telah melengkapkan barisan tiga model W, yang sebelum ini muncul dengan model W800 Street dan W800 CAFE. Menurut Kawasaki, model W800 terbaharu ini mengekalkan legasi model asal W1 dalam tahun 1966 sehingga kini.

Mempunyai gaya dan penampilan klasik yang menawan, W800 2020 dilengkapi enjin 773cc (Air-cooled, 4-stroke Vertical Twin, SOHC, 8 valves, Fuel injection) dengan kuasa maksimum 48PS @ 6,000rpm dan tork 62.9Nm @ 4,800rpm. Enjin tersebut dipadankan transmisi lima kelajuan. W800 mempunyai ketinggian tempat duduk 790mm, jarak kelegaan bumi 125mm, tangki bahan api penuh 15 liter dan berat 221 kg (curb mass).

Ciri-ciri utama yang melengkapkan spesifikasi dan gaya klasik W800 antaranya ialah panel meter tradisional, tangki minyak dengan lambang krom, lampu depan LED berbentuk bulat, tayar depan 19 inci, mudguard krom klasik, lampu belok berwarna kuning yang besar, posisi tempat duduk dan juga ciri tunggangan yang bergaya vintaj.

Spesifikasi teknikal lain yang melengkapkan W800 2020 untuk jaminan keselamatan dan keselesaan termasuklah sistem brek ABS depan dan belakang, fork depan 41mm, penyerap hentak belakang berkembar (twin shocks with spring preload adjustability), dan tidak dilupakan ialah sistem Assist & Slipper Clutch. Pilihan warna tunggal yang tersedia untuk Kawasaki W800 2020 ini ialah Metallic Dark Green.

(Visited 885 times, 1 visits today)