Honda CBR300R 2020 masih dijual di pasaran USA

Honda CBR300R dengan reka bentuk lama nampaknya masih dijual di pasaran USA. Untuk pasaran tahun ini, model tersebut ditawarkan dalam pilihan warna Grand Prix Red dan Matte Black Metallic. Harga yang ditetapkan ialah $4,699 untuk varian standard, manakala varian ABS dijual pada harga $4,999. Jualan bermula Mac 2020.

Honda CBR300R merupakan sebuah model sportbike aras mula, dikuasakan enjin bersesaran 286cc (liquid-cooled, single-cylinder, four-stroke, DOHC; four valves per cylinder) dengan padanan kotak gear enam kelajuan. Enjin tersebut turut dilengkapi sistem suntikan bahan api elektronik PGM-Fi yang cekap dan ekonomi.

Melengkapkan spesifikasi dan ciri-ciri CBR300R 2020 ini ialah sistem brek cakera depan dan belakang, suspensi belakang Pro-Link®, panel meter campuran analog dan digital, storan di bawah tempat duduk, lampu depan berkembar yang sporty dan tempat duduk belakang tersedia untuk kemudahan penumpang pada bila-bila masa.

Untuk pasaran Thailand, A.P Honda Co., Ltd. juga masih menawarkan CBR300R dalam tiga pilihan warna yang menarik. Sebelum ini terdengar khabar angin bahawa Honda sedang membangunkan CBR300RR terbaharu yang lebih berprestasi bagi menggantikan CBR300R, namun tidak dapat dipastikan kebenaran laporan tersebut.