Yamaha NVX 2020 kini tiba dengan tiga warna baharu

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini telah memperkenalkan skuter Yamaha NVX model tahun 2020 yang kini didatangkan dengan tiga pilihan warna baharu yang menarik dan premium. Ketiga-tiga warna baharu tersebut ialah Merah, Kuning dan Biru, bakal berada di pasaran tempatan secara rasmi mulai Februari 2020.

Yamaha NVX dilengkapi enjin Blue Core bersesaran 155cc dengan teknologi VVA, menghasilkan kuasa maksimum 11.0kW @ 8,000rpm dan tork puncak 13.8Nm @ 6,250rpm. Enjin yang bertenaga dan cekap penggunaan bahan api itu kemudiannya digandingkan dengan sistem transmisi jenis V-Belt Automatic.

Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi Yamaha NVX ini termasuklah panel meter LCD yang terang dan jelas berukuran 5.8 inci, fork depan bersaiz besar dengan diameter 26mm untuk tunggangan yang lebih stabil dan meyakinkan, ruang simpanan mini dengan soket elektrik untuk kegunaan mengecas telefon pintar, lampu depan dan belakang LED, sistem brek ABS dan suspensi belakang yang sporty.

Selain itu NVX juga didatangkan tayar tanpa tiub berukuran lebar untuk lebih kestabilan di jalan raya, sistem kunci pintar yang lebih selamat dan memudahkan, ruang simpanan barang-barang seluas 25 liter di bawah tempat duduk yang boleh memuatkan sebuah helmet bermuka penuh, tangki bahan api dengan penutup dan enjin dengan ciri Stop & Start System yang memberi kelebihan dalam penjimatan bahan api.

Harga jualan yang ditetapkan untuk Yamaha NVX 2020 terbaharu ini adalah sebanyak RM 10,088.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).

(Visited 1,368 times, 1 visits today)