Honda CB1000R terima warna baharu untuk tahun 2020

Pada awal November 2019 yang lalu, Honda CB1000R model tahun 2020 untuk pasaran Eropah telah diumumkan menerima varian warna baharu Matt Pearl Glare White, di samping dua warna terdahulu Candy Chromosphere Red dan Graphite Black.

Model Neo Sports Café tersebut turut menerima kemaskini kosmetik di beberapa bahagian komponen yang kini diwarnakan hitam, menjadikan penampilannya lebih dinamik. Honda CB1000R 2020 ini juga akan berada di pasaran Jepun mulai 14 Februari 2020, dengan sasaran jualan domestik tahunan sebanyak 500 unit.

Honda CB1000R dikuasakan enjin bersesaran 998cc (Liquid-cooled DOHC In-line 4 cylinder) dengan transmisi 6-kelajuan, menghasilkan prestasi maksimum 145PS @ 10,500rpm dan tork 104Nm @ 8,250rpm. Versi CB1000R+ turut ditawarkan oleh Honda yang didatangkan dengan pelbagai aksesori lengkap dari kilang.

(Visited 712 times, 1 visits today)