Galeri : Suzuki V-Strom 1050 model tahun 2020

Model terbaharu Suzuki V-Strom 1050 dan Suzuki V-Strom 1050XT secara rasminya diperkenalkan dalam bulan November 2019 yang lalu bertempat di acara pameran motosikal EICMA 2019 yang berlangsung di Milan, Itali. Kedua-dua model tersebut mempunyai enjin bersesaran 1,037cc yang menghasilkan kuasa maksimum 79.0kW @ 8,500rpm (107.4PS) dengan tork puncak 100.00Nm @ 6,000rpm.

Bagi model Suzuki V-Strom 1050 model tahun 2020, ianya akan berada di pasaran UK mulai bulan Mac, dengan harga pengenalan (launch price) sebanyak £9,999. Selain daripada model standard, Suzuki turut menyediakan pelbagai aksesori menarik yang boleh dipasang pada model berkenaan untuk lebih kemudahan sepanjang tunggangan, di samping menjadikan penampilannya lebih sporty dan praktikal.

Untuk anda, di bawah berikut ialah gambar-gambar menarik model terbaharu Suzuki V-Strom 1050 termasuk gambar-gambar aksesori yang boleh dipasang pada model berkenaan. Sila klik setiap gambar untuk melihat paparan yang lebih besar.

Galeri : 2020 Suzuki V-Strom 1050

Galeri : 2020 Suzuki V-Strom 1050 (With Accessories)

(Visited 339 times, 1 visits today)