Yamaha baru-baru ini telah memperkenalkan warna baharu untuk YZF-R25, YZF-R25 ABS dan YZF-R3 ABS, yang mana ketiga-tiga model tersebut bakal berada di pasaran Jepun mulai 14 Februari 2020. Di antara ketiga-tiga warna tersebut, warna Matte Silver merupakan yang paling menyerlah berbanding warna Blue dan Matte Black.
Menurut Yamaha, warna Matte Silver merupakan warna trendy masa kini untuk generasi muda, di samping olahan baru jalur grafik di bahagian muka depan dan tangki minyak menjadikan penampilan YZF-R25, YZF-R25 ABS dan YZF-R3 ABS model tahun 2020 ini lebih dinamik. Untuk model berwarna Blue dan Matte Black pula, warnanya dikatakan mempunyai kaitan langsung dengan model flagship YZF-R1 musim 2020.
Menurut Yamaha lagi, ketiga-tiga model berkenaan akan dipasang dan dikeluarkan dari kilang PT. Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM). Harga jualan yang ditetapkan untuk pasaran Jepun bermula dari 610,500 Yen (RM 22,674.57) untuk model YZF-R25, manakala YZF-R25 ABS berharga sebanyak 654,500 Yen (RM 24,308.78) dan YZF-R3 ABS dijual pada harga 687,500 Yen (RM 25,534.43).
*Kadar tukaran mata wang Yen kepada MYR adalah mengikut kadar tukaran semasa.
Galeri 2020 Yamaha YZF-R25 (Japan) :
Galeri 2020 Yamaha YZF-R25 ABS (Japan) :
Galeri 2020 Yamaha YZF-R3 ABS (Japan) :