Yamaha JR-S 120 model tahun 1994 di pasaran Thailand

Berdasarkan maklumat yang terhad, model Yamaha JR-S 120 keluaran tahun 1994 ini dikatakan pernah ditawarkan di pasaran Thailand. Ianya dilengkapi enjin bersesaran 120cc dengan kotak gear lima kelajuan dan klac tangan manual, serta turut dilengkapi brek jenis cakera di bahagian roda depan dan belakang.

Sistem suspensi Yamaha JR-S 120 ini terdiri daripada fork teleskopik di bahagian depan, manakala di bahagian belakangnya tampil moden dan sporty dengan sistem suspensi jenis monoshock. Melihat kepada penampilan keseluruhannya, pasti Yamaha JR-S 120 ini menawarkan prestasi dan kelajuan yang memuaskan.