Honda Astrea Grand 110 2020 di pasaran Greece

Di pasaran Greece, selain daripada model Honda Supra X 125 dan Honda GTR150 Supra, Honda turut menawarkan model Honda Astrea Grand 110. Model tahun 2020 itu baru saja diperkenalkan tahun ini, dilengkapi enjin empat lejang bersesaran 109cc.

Enjin tersebut hadir dengan ciri-ciri seperti sistem suntikan bahan api PGM-FI, sejukan udara, transmisi empat kelajuan, dan menghasilkan jumlah kuasa 8.7hp @ 7,250rpm dengan tork 8.5Nm @ 6,000rpm. Enjin tersebut juga mematuhi piawaian Euro 4.

Model tersebut seterusnya dilengkapi tangki bahan api maksimum 4 liter, dengan tahap penggunaan petrol pada kadar 59.2 kilometer per liter. Suspensi depannya merupakan fork jenis teleskopik dan di belakangnya ialah penyerap hentak jenis berkembar.

Untuk pemberhentian yang lebih cekap dan selamat, brek cakera depan dan brek dram belakang hadir dengan sistem brek CBS yang berkuasa. Roda aloi 17 inci yang sporty kemudiannya dipadankan tayar dalam siri 70/90-17 (depan) dan 80/90-17 (belakang).

Honda Astrea Grand 110 model tahun 2020 di pasaran Greece ini mempunyai dua pilihan warna iaitu Quantum Black dan Attractive Red. Harganya jualannya ditetapkan sebanyak € 2,280.00, bersamaan RM 11,116.86 mengikut kadar tukaran semasa.

(Visited 128 times, 1 visits today)