Adakah ini penampakan Yamaha Y15ZR V3 2021?

Sekeping gambar ‘spyshot’ yang menunjukkan sebuah model moped terbaharu yang sedang ditunggang uji kini berlegar-legar di laman media sosial. Model tersebut kelihatan seperti model Yamaha Exciter 155 VVA 2021 terbaharu, atau untuk pasaran Malaysia mungkinkah ianya model Yamaha Y15ZR V3 2021?

Tidak dapat dipastikan di manakah lokasi gambar tersebut dirakamkan, namun dipercayai ianya dirakamkan di Malaysia. Baru-baru ini telah tersebar beberapa keping gambar Yamaha Exciter 155 VVA 2021 dalam warna Blue GP dan Red White, yang menyusul selepas paparan gambar-gambar awal model tersebut dalam warna hitam.

Setakat ini berdasarkan laporan terkini, Yamaha Exciter 155 VVA 2021 hanya akan dilancarkan di pasaran Vietnam dalam suku pertama tahun depan. Untuk pasaran Malaysia, ianya dijangka akan mengambil masa lebih lama. Harganya juga dijangka akan meningkat disebabkan spesifikasinya yang lebih tinggi berbanding Y15ZR V2.

Berdasarkan paparan gambar ‘spyshot’ di atas, boleh dikatakan model tersebut masih mengekalkan reka bentuknya yang sporty dan kelihatan agak kompak. Juga dapat dilihat ialah reka bentuk lampu hadapannya dari pandangan sisi walaupun kurang jelas. Pada pendapat anda, inikah model Yamaha Y15ZR V3 yang dinanti-nantikan?

(Visited 18,116 times, 2 visits today)