Galeri : Aveta RX110 model tahun 2020

Salah sebuah model kapcai mampu milik yang ditawarkan di pasaran tempatan ketika ini ialah Aveta RX110 model tahun 2020, yang diperkenalkan sejak bulan Mac yang lalu. Harga yang ditawarkan boleh dikatakan kompetetif, sekitar RM 3,500.00 sehingga RM 4,000.00 sahaja, berdasarkan sumber daripada laman jual beli Mudah.my.

Aspek spesifikasi memperlihatkan ianya dilengkapi enjin empat lejang satu silinder bersesaran 110cc, dengan sistem sejukan udara dan transmisi empat kelajuan berputar. Kuasa yang dihasilkan sebanyak 7.8hp @ 7,500rpm dengan tork maksimum 7.8Nm @ 6,500rpm. Ianya turut dilengkapi sistem penghidup enjin jenis elektrik dan enjutan.

Aveta RX110 mempunyai tangki petrol dengan isian penuh 4.2 liter, suspensi depan teleskopik, suspensi belakang berkembar (gas, teleskopik), brek cakera di bahagian roda depan, brek jenis dram di bahagian roda belakang, rim aloi 17 inci, saiz tayar depan 70/90-17, saiz tayar belakang 80/90-17, dan berat bersih motosikal 123 kg.

Untuk melihat dengan lebih jelas penampilan dan reka bentuk model Aveta RX110 ini, anda boleh saksikannya melalui paparan gambar-gambar menarik dalam galeri di bawah. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai syarikat pengeluarnya pula, anda boleh membaca dua artikel terdahulu melalui pautan seperti berikut ;

Galeri : Aveta RX110 2020