Yamaha Alfa keluaran tahun 1988 di pasaran Indonesia

Jika di pasaran Malaysia, kita mempunyai model Yamaha 100 Sports, di pasaran negara jiran Indonesia pula terdapat model Yamaha Alfa. Kedua-dua model tersebut sebenarnya mempunyai persamaan, dari segi reka bentuk mahu pun spesifikasi.

Yamaha Alfa yang dipaparkan di dalam artikel ini merupakan keluaran pertama yang dilancarkan pada tahun 1988, berdasarkan hasil maklumat yang diperolehi daripada carian internet. Perhatikan di bahagian penutup sisinya perkataan Power Scoop.

Sama seperti Yamaha 100 Sports di pasaran Malaysia yang cukup popular suatu masa dahulu, begitu juga dengan model Yamaha Alfa di pasaran Indonesia. Kemudiannya sekitar awal 1990an, pasaran Indonesia turut menerima model Yamaha Alfa II R.

(Visited 86 times, 1 visits today)