Modenas Kriss 110 Edisi Merdeka keluaran tahun 1998

Sempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2020 kali yang ke-63, kita imbas kembali model Modenas Kriss 110 Edisi Merdeka yang pernah dikeluarkan suatu ketika dahulu pada tahun 1998. Pada tahun berkenaan, negara kita Malaysia mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan kali yang ke-41, bagi meraikan sejarah kemerdekaan negara.

Modenas Kriss 110 Edisi Merdeka ini tampil dalam pilihan warna hitam yang kelihatan cukup menawan, di samping menggunakan pelekat grafik istimewa di bahagian sisi badannya yang bermotifkan Jalur Gemilang. Spesifikasi teknikalnya masih lagi sama, dilengkapi enjin 111cc dengan kuasa 9.0PS @ 8,500rpm dan tork 9.3Nm @ 4,000rpm.

Sebagai informasi tambahan, model pertama keluaran Modenas iaitu Modenas Kriss 110 diperkenalkan kepada umum sewaktu perarakan hari kebangsaan pada tahun 1996, dan berada di pasaran secara rasmi mulai bulan Disember 1996. Sejak itu dalam tahun-tahun berikutnya Modenas Kriss menjadi kapcai empat lejang terlaris di pasaran.

Sumber : Moto One Stop FB

(Visited 233 times, 1 visits today)