Aveta Global Marketing bakal memperkenalkan tiga model motosikal baharu menjelang hujung tahun ini

Mungkin ramai yang masih belum mengenali pengeluar motosikal berjenama tempatan Aveta Global Marketing Sdn. Bhd., memandangkan syarikat tersebut baru saja muncul dengan dua model pertama mereka sejak bulan Mac 2020 yang lepas. Kedua-dua model motosikal tersebut dikenali dengan nama Aveta DY90 dan Aveta RX110.

Menurut laporan terkini daripada laman blog Paultan.org, Aveta bakal memperkenalkan tiga lagi model motosikal terbaharu di pasaran tempatan, menjelang hujung tahun ini. Setakat ini tiada maklumat lanjut daripada pihak Aveta berkenaan perkara berkenaan, malah laman Facebook rasmi mereka juga telah agak lama tidak dikemaskini.

Lebih menghairankan, syarikat tersebut juga didapati masih belum mempunyai laman sesawang rasmi mereka sendiri, memandangkan perkara tersebut sepatutnya menjadi suatu kemestian untuk setiap syarikat pengeluar motosikal. Mungkin Aveta mempunyai perancangan yang tersendiri buat masa ini yang lebih ke arah ‘low profile’.

Bagaimanapun jika dilihat di dalam laman sosial Facebook dan di dalam laman jual beli Mudah.my, pelbagai syarikat dan wakil pengedar motosikal di pasaran tempatan ketika ini rancak mempromosikan dua model keluaran Aveta iaitu Aveta DY90 dan Aveta RX110. Harga yang ditawarkan juga sangat menarik dan boleh dikatakan berpatutan.

Berkenaan kedua-dua model motosikal berkenaan, Aveta DY90 dan Aveta RX110, penampilan kedua-duanya boleh dikatakan mempunyai persamaan dengan dua model motosikal yang pernah diperkenalkan oleh syarikat Demak sebelum ini. Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh layari artikel terdahulu melalui pautan berikut seperti di bawah.

Artikel berkaitan : Aveta DY90 dan Aveta RX110 kini di pasaran Malaysia

Sumber gambar : Kedai Motor Eng Wan Sdn Bhd FB