WMOTO WM110 2019 di pasaran Malaysia, harga sekitar RM3,500.00

Jika anda melayari laman sesawang jenama motosikal tempatan WMOTO ketika ini, anda pasti akan dapat melihat hanya dua model kapcai sahaja yang dipaparkan iaitu WMOTO Cub Classic 110 dan WMOTO VE1 110. Bagaimanapun sebenarnya WMOTO turut menawarkan sebuah lagi model kapcai iaitu WMOTO WM110.

Tidak dapat dipastikan kenapa model WMOTO WM110 tidak turut sama dipaparkan di dalam dalam sesawang WMOTO, boleh jadi kerana laman sesawang tersebut masih belum dikemaskini sehingga kini. Hasil carian di dalam laman Facebook mendapati WMOTO WM110 telah dilancarkan pada tahun lepas untuk pasaran tempatan.

Harga jualannya sekitar RM 3,500.00 boleh dikatakan berpatutan, namun harga sebenar mungkin berbeza mengikut lokasi dan promosi yang ditawarkan oleh pekedai. Pilihan warna untuk model tersebut ialah tiga kesemuanya iaitu hitam, merah dan biru. Rekabentuk keseluruhannya boleh dikatakan agak menarik dan sporty.

Berkenaan spesifikasi teknikal, WMOTO WM110 ini dikuasakan enjin 110cc, dan dipercayai sama seperti enjin pada model WMOTO VE1 110. Berdasarkan maklumat ringkas yang ada, model ini dikatakan jimat minyak, mesra alam, mesra pengguna dan bertaraf Euro Spec. Tempoh jaminan yang ditawarkan ialah 2 tahun atau 20,000 km.

Sumber gambar : Ct Yong Motors & EZ One Bikers

(Visited 175 times, 1 visits today)