Pada Jun 2004, Yamaha SRV dilancarkan di pasaran Malaysia

Sebenarnya agak lama juga Arena Motosikal merancang untuk menghasilkan artikel mengenai model kapcai Yamaha SRV, namun disebabkan kurangnya maklumat yang ada, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan buat seketika.

Akhirnya hari ini barulah hasrat tersebut tercapai setelah siaran akhbar rasmi mengenai pelancaran model berkenaan berjaya diperolehi. Untuk rujukan, anda boleh lihat paparan ‘screenshot’ siaran akhbar pelancaran Yamaha SRV seperti di bawah.

Yamaha SRV secara rasminya dilancarkan di pasaran Malaysia pada tarikh 29hb. Jun 2004, dengan tagline ‘Simply Better’. Sewaktu dilancarkan, model berkenaan boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Merah (Red) dan Biru (Light Blue).

Untuk pasaran tempatan, Yamaha SRV diperkenalkan sebagai sebuah model kapcai empat lejang dengan tanda harga mampu milik. Oleh itu ianya boleh dimiliki pada harga kompetetif serendah RM 3,948.30 (harga On The Road) sahaja.

Dengan enjin empat lejang 105cc yang boleh dipercayai dan ekonomik, lampu depan kombinasi multi-reflektor yang bergaya, lambu belakang sporty dan rekaan panel meter yang menarik, Yamaha SRV merupakan sebuah model yang bernilai untuk wang.

Yamaha SRV mungkin tidak sepopular model lain yang pernah diedarkan oleh HLYM, menjadikannya agak sukar untuk ditemui di jalan raya ketika ini. Untuk peminat kental, Yamaha SRV boleh dijadikan sebagai motosikal koleksi bertaraf ‘rare’.

(Visited 78 times, 2 visits today)