Modenas Pulsar NS200 ABS 2020 di pasaran Malaysia, harga RM 9,655.00

Dalam bulan Disember 2019 yang lepas, Modenas Pulsar NS200 ABS 2020 secara rasminya diperkenalkan untuk pasaran Malaysia. Model tersebut merupakan varian baharu kepada model Pulsar NS200 yang dilancarkan pada tahun 2017, kini hadir dengan kelengkapan sistem brek ABS yang lebih cekap dan selamat.

Spesifikasi enjin untuk Pulsar NS200 ABS masih lagi sama iaitu dikuasakan enjin DTS-i bersesaran 199.5cc (4-Stroke, SOHC, 4V, liquid cooled, single cylinder, fuel injector) yang dipadankan transmisi enam kelajuan. Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan adalah sebanyak 24.5 PS @ 9,750rpm dengan tork maksimum 18.6 Nm @ 8,000rpm.

Ciri-ciri menarik lain yang didatangkan untuk model tersebut selain daripada sistem brek cakera depan dengan ABS termasuklah paparan meter digital dan analog, penyerap hentak tunggal Nitrox untuk suspensi belakang, brek cakera belakang, tangki bahan api 12 liter dan empat pilihan warna menarik iaitu merah, kuning, hitam dan putih.

Harga yang ditawarkan untuk Modenas Pulsar NS200 ABS 2020 ini hanyalah sebanyak RM 9,655.00 sahaja, di samping tempoh waranti selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perbatuan. Bagi varian tanpa ABS iaitu Modenas Pulsar NS200, harga yang ditawarkan ialah RM 9,300.00, perbezaan sebanyak RM 355.00 sahaja berbanding varian ABS.

(Visited 819 times, 1 visits today)