Kawasaki Ninja ZX-25R 2020 bakal dilancarkan dalam varian ABS dan Non-ABS

Kawasaki Ninja ZX-25R model tahun 2020 terbaharu bakal dilancarkan secara rasmi di pasaran Indonesia pada tarikh 10hb. Julai 2020 akan datang. Majlis pelancaran tersebut bagaimanapun akan berlangsung secara online melalui saluran YouTube Kawasaki Motor Indonesia, gara-gara terkesan disebabkan pandemik Covid-19.

Setakat ini antara maklumat terbaharu yang diperkatakan, Kawasaki Ninja ZX-25R bakal dilancarkan dalam dua varian iaitu ABS dan Non-ABS. Bagi varian ABS, ianya akan dilengkapi dengan sistem brek ABS yang lebih cekap dan selamat, manakala varian Non-ABS hanya akan dilengkapi sistem brek biasa tanpa sistem ABS.

Seterusnya, harga yang bakal ditetapkan untuk kedua-dua varian tersebut dikatakan bermula dari sekitar RM 30,000.00 untuk varian Non-ABS, manakala varian ABS akan menerima tanda harga tidak lebih RM 35,000.00. Bagaimanapun ini hanyalah maklumat awal yang belum disahkan secara rasmi oleh pihak Kawasaki Motor Indonesia.

Antara kelebihan Kawasaki Ninja ZX-25R ialah ianya dilengkapi enjin empat lejang 250cc dengan ciri empat silinder. Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi bertaraf premium lain seperti mana yang boleh didapati pada model-model yang lebih besar seperti Kawasaki Ninja ZX-6R dan Kawasaki Ninja ZX-10R.

Sementara itu untuk para peminat model berkenaan di pasaran Malaysia, mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk melihat pelancaran rasminya. Ini kerana pihak Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. ketika ini masih belum memberikan sebarang petunjuk, walaupun menerima pertanyaan bertalu-talu di laman Facebook mereka.

(Visited 1,015 times, 1 visits today)