Kawasaki Ninja 250 STD 2020 di pasaran Malaysia

Berdasarkan maklumat terdahulu, Kawasaki Ninja 250 generasi terbaharu dilancarkan di pasaran Malaysia dalam bulan Julai 2018 yang lalu. Sewaktu pelancaran, harganya ditetapkan dalam lingkungan sebanyak RM 23,000.00.

Ketika ini di dalam laman sesawang Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd., Kawasaki Ninja 250 diberikan nama Kawasaki Ninja 250 STD, yang mana STD itu mungkin singkatan daripada perkataan Standard.

Gambar-gambar yang dipaparkan pula menunjukkan kehadiran model tersebut dalam tiga pilihan warna, namun tidak pasti sama ada ianya tepat dengan pilihan warna yang ditawarkan di bilik pameran pengedar Kawasaki ketika ini.

Melalui paparan gambar-gambar tersebut juga kelihatan sistem brek ABS pada model berkenaan. Namun sekali lagi tiada kepastian sama ada benar atau tidak Kawasaki Ninja 250 STD di pasaran tempatan dilengkapi sistem brek ABS.

Kawasaki Ninja 250 STD model tahun 2020 untuk pasaran Malaysia ketika ini dilengkapi enjin bersesaran 249cc (Liquid-cooled, 4-stroke, Parallel Twin, DOHC, 8 Valves), dan dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan.

Untuk tunggangan yang lebih mudah, sistem operasi klac didatangkan dengan sistem Assist & Slipper Clutch. Enjin tersebut seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 39PS @ 12,500rpm dengan tork maksimum 23.5Nm @ 10,000rpm.

Selain daripada reka bentuknya yang sporty, Kawasaki Ninja 250 STD hadir dengan ciri-ciri menarik seperti lampu depan dan belakang LED, ruang storan di bawah tempat duduk belakang, dan sistem brek cakera bersaiz besar dan berprestasi.

Selain itu, ianya juga dilengkapi tangki bahan api dengan isian penuh 14 liter. Berat motosikal pula berada pada paras 164 kg (curb mass). Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh hadir sendiri di mana-mana cawangan pengedar terdekat.


Artikel Popular Minggu Ini :

Dayang ADV150 diilhamkan daripada model Honda ADV150, dilengkapi enjin lebih berkuasa dan kamera depan belakang

Pelancaran rasmi Honda ADV150 2021 dijangka pada bulan Februari depan, harga asas sekitar RM 14k

Penampilan baharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 apabila dipasangkan lampu depan (headlamp) Yamaha Exciter 150