Nooma N19 tampil sporty bagaikan model Kawasaki Z1000

Pasaran motosikal di negara China boleh dikatakan besar kerana jumlah penduduknya yang ramai. Selain itu, negara tersebut juga mempunyai banyak syarikat-syarikat tempatan yang mengeluarkan pelbagai jenis model motosikal, walaupun kebanyakan daripadanya mengeluarkan model-model yang hampir sama, atau model-model klon.

Sebagai contoh model motosikal sporty yang dikenali dengan nama Nooma N19 ini dikeluarkan oleh syarikat Wuxi Yolix Inernational Trading Co.,Ltd., dan tidak syak lagi ianya merupakan klon daripada model Kawasaki Z1000. Tidak pasti tahun bila ianya dikeluarkan, namun pasaran motosikal ini tidak terhad untuk pasaran China sahaja, malah pembelian boleh dilakukan secara online, antaranya melalui Alibaba.com.

Spesifikasi Nooma N19 ini boleh dikatakan agak menarik, boleh didapati dengan beberapa pilihan enjin sama ada 150cc, 200cc, 250cc single cylinder, 250cc twin cylinder air cooled, atau 367cc twin cylinder water cooled. Kesemua enjin tersebut dibekalkan sama ada teknologi karburator atau EFI, dengan transmisi enam kelajuan.

Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi model berkenaan termasuklah sistem lampu LED, panel meter digital, aluminium handlebar, adjustable brake lever, fork depan jenis terbalik, sistem brek cakera berkembar di bahagian depan dan cakera tunggal di bahagian belakang, tayar 17 inci tanpa tiub, suspensi belakang monoshock boleh laras, dan sistem ekzos berkembar dengan bunyi yang dikatakan padu dan mantap.

Berdasarkan maklumat daripada syarikat pengeluarnya, motosikal Nooma N19 ini adalah untuk banyak pasaran luar negara termasuklah Asia Tenggara, namun tidak pasti jika ada pembeli di pasaran luar yang berminat untuk memilikinya. Untuk yang berminat, bolehlah membuat pembelian secara online untuk memiliki motosikal ini.

(Visited 1,634 times, 1 visits today)