Yamaha TZR250R model tahun 1991

Yamaha TZR250 diperkenalkan sejak tahun 1986 sehingga tahun 1995. Model yang dipaparkan di dalam artikel ini ialah model TZR250R untuk pasaran domestik Jepun, merupakan model yang ketiga dan terakhir dalam siri tersebut, lebih dikenali dengan kod 3XV. Model ini juga didatangkan dalam versi 250RS, 250RSP, 250SP dan 250SPR.

Dikuasakan enjin dua lejang bersesaran 249cc, enjin tersebut dipasangkan pada kerangka aluminium Deltabox dalam konfigurasi V-twin 90 darjah. Menurut Yamaha, TZR250 dilengkapi pelbagai teknologi yang diambil daripada jentera perlumbaan GP YZR250 yang memenangi gelaran juara dalam kelas 250cc pada tahun 1990.

Antaranya seperti fork depan upside-down dan lengan ayun aluminium, membolehkan model ini menawarkan pengalaman tunggangan bertaraf tinggi yang menyeronokkan. Berikut ialah spesifikasi ringkas Yamaha TZR250R model tahun 1991 :

  • Overall length × width × height : 1,960mm × 680mm × 1,075mm
  • Weight : 126kg
  • Engine type : Liquid-cooled, 2-stroke, V-twin, 249cm³
  • Maximum power output : 33.1kW (45.0PS) / 9,500r/min
  • Maximum torque : 37.3N・m (3.8kgf・m) / 8,000r/min
  • Price : ¥629,000

Untuk pasaran Malaysia, model ini tidaklah terlalu asing kerana ianya pernah di bawa masuk dari negara asal Jepun, namun harganya untuk versi terpakai boleh dikatakan agak tinggi namun masih relevan. Misalnya Sri Changgong Bikers pernah menawarkan model ini pada tahun 2018 yang lalu pada harga sebanyak RM 40,000.00 OTR.

Sumber rujukan : Yamaha Motor Co., Ltd. & Wikipedia

(Visited 936 times, 1 visits today)